BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 28, 2009

Aiskrim Kekasih..


Teringin pulak rasanya nk makan aiskrim ...
Asalnya ajak malin ( labmate) saja sbb baru ja lepas lunch dengan labmates yg lain,kut2 diorang kenyang lagi..tapi rupa2nya semua teringin nak mkn aiskrim jugak hehehe.....

maka jadi la minum petang berjemaah di cafe PPSP..ber5 semuanya (malin,baini,gisel,nik,qayyum,saya)..cafe ni temanya KEKASIH..bleh kata smua menu yg special ada perkataan kekasih..cth mcm ABC kekasih,aiskrim kekasih,mee kari kekasih dsbg...dgn landskap cafe yg menyejukkan mata mmg best untuk bersantai sambil mkn aiskrim =)

inilah aiskrim yg saya mkn ptg semalam..3 scoop = rm3...menarik jgkkan?mohle dtg ke cafe ni bila dtg ke USM Kelantan..=)



hee sempat lg renyih sebelum mkn aiskrim..
(baini,amalina)







psgn ni teman sepraktikal ja tau...msg2 tgh countdown duduk di pelamin =)
(nik,qayyum)





haa nilah icecream introducer...gisel namanya..gisel la yg wat saya teringin mkn icecream..hee..mekaceh ya gisel!

Solat Sunat Dhuha dan Kelebihannya..


Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha



Ertinya: " sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala".

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa



maksudnya;

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

" Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." (HR. Anas B Malik).

" Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

" Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat." (HR Ahmad, Muslim dan Daud)

Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

1st Darus Sakinah..


This is our first house after we had been married for 1 and a half months.Alhamdulillah tak sangka jugak my hubby dapat carikan rumah sewa utk kami bila saya sampai di UK..Tapi nak dapatkan flat ni pon bukanlah mudah sbnrnya,Allah saja yg tau kegigihan my hubby mencari flat sewa yg mampu utk kami survive spjg berada di sana.Terharu rasanya bila mengenangkan pengorbann my hubby untuk membolehkan saya sampai ke UK juga..
Plan asal mmg macam dah takde harapan utk sampai UK tapi mungkin rezeki pengantin baru =) sampai jugk akhirnya ke sana menemankan my hubby for almost 6 months..Tapi rumah kami yg tingkat bawah tu sebenarnya =)...

Gambar ini diambil time winter 2008...waktu tu mmg agak baru juga smpai di UK..alhamdulillah dapat rasa salji cane..hee best jgk tapi prob sket bila nak jalan..licin....kalau kami berjalan mmg kene berkepit kalau tak meluncur la jawabnye =p....tapi time bukan winter pun sokmonya kami berkepit,heee nak kaut pahala katekan....=)..

ape pun,19 Brookfield Road,Crumpsall M85SE remains in our memories.....rindunye kat rumah ni..huhu....

MEng Mechanical Engineering

Congrats Ayang!

Alhamdulillah selepas 4 tahun di UK, akhirnya pada 13 julai 2009 my hubby berjaya menamatkan pengajiannya di sana dengan kelulusan MEng Mechanical Engineering...

Walaupun time konvo my hubby takde siapa yg dapat hadir sbb 'jauh',kami kat Msia sgt-sgt bersyukur atas kejayaan Ayang@Yop.Bonda Zaharah(emak my hubby) cukup lega bila tau my hubby tamat belajar juga akhirnya..apetah isterinye yg mmg sdg menuggu kepulangan suaminye tersayang =)

ape pun,sekali lagi Tahniah untuk my hubby @ Hasbullah Alias atas kejayaannya berjaya dengan selamat mentally n physically =)...

p/s gambar ini sebelum my hubby konvokesyen..sbb tu topi masih dipegang n tidak boleh dipakai lagi spt dimaklumkan my hubby....


hee..yang ni baru la my hubby rasmi menjadi graduate student..cume skrol je takde..=)















yg ini pulak,pic my hubby bersama teman seperjuangannya sepanjang di University of Manchester....