Alhamdulillah hari ni dah hari kedua berpuasa..alhamdulillah juga sbb berkesempatan melalui Ramadhan 1430H kali ini.Moga2 saya dapat menjalani ibadah puasa dan melipatgandakan amal ibadah kali ini secara istiqamah dan ikhlas...
Ramadhan kali ini ramadhan pertama saya di Kelantan..jauh dari suami tersayang n keluarga..wpun bukan dipisahkan oleh benua tapi sy tetap rs jauh huhu...
Sahur pun betul2 ala kadar bagaikan org bujang..cukup dgn air dan tamar..tapi ini pun dah mencapai sunat dalam berpuasa.
“Sesungguhnya makan sahur adalah barokah yang Allah berikan pada kalian maka janganlah kalian tinggalkan”. (Hadis Riwayat an-Nasa’i (4/145) dan Ahmad (5/270). Sanadnya Sahih)
Apepun,mudah2an kedatangan Ramadhan kali ini memberi keberkatan(barokah),rahmat dan keampunan(maghfirah)buat suami saya Hasbullah,saya dan ahli keluarga saya insyaAllah..
Selamat berpuasa dan jom pulun beribadah dari saya!
~aAdiLaH 2 RAMADHAN 1430H~
Saturday, August 22, 2009
Ahlan Wasahlan ya Ramadhan!!
Posted by HasDila85 at 6:53 PM 0 comments
Labels: My life
Tuesday, August 18, 2009
Memperkenalkan Koleksi Adik Ceria, eksklusif dari SimpliSiti! Diperbuat dari kain cotton 100% - sungguh selesa, sungguh bergaya. Baju saiz S & M didatangkan sepasang dengan seluar, manakala saiz L dan XL baju sahaja.
SMILEY PINK & PALETTE BLUE
Saiz | Umur* | Ukurlilit Dada | Labuh Baju | Panjang Seluar | Harga (RM) |
S | 1-2 | 24 | 16 | 17 | 35 |
M | 3-4 | 26 | 17 | 18 | 35 |
L | 5-6 | 28 | 18 | - | 21 |
XL | 7-8 | 30 | 19 | - | 21 |
SMILEY YELLOW & PALETTE GREEN
Saiz | Umur* | Ukurlilit Dada | Labuh Baju | Panjang Seluar | Harga (RM) |
S | 1-2 | 24 | 15 | 13 | 30 |
M | 3-4 | 26 | 16 | 14 | 30 |
L | 5-6 | 28 | 17 | - | 18 |
XL | 7-8 | 30 | 18 | - | 18 |
Posted by HasDila85 at 8:32 PM 0 comments
Labels: Koleksi Baju
Monday, August 17, 2009
Nota untuk suami....
Pernikahan atau perkahwinan
menyingkap tabir rahsia
isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia khadijah
tidaklah setakwa aisyah
pun tidak setabah fatimah
justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita-cita menjadi solehah
pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajipan bersama
isteri menjadi tanah,kamu langit penaungnya
isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
isteri adalah murid, kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya
saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya
pernikahan atau perkahwinan
menginsafkan kita perlunya iman dan takwa
untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T
kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana
justeru, kamu akan tersentak daripada alpa
kamu bukanlah Rasulullah S.A.W
pun bukanlah Saidina Ali
suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh
...amin...
Posted by HasDila85 at 7:13 PM 0 comments
Labels: Ibadah
Doa Mahabbah
DOA MAHABBAH (Surah Ali Imran ayat 31)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Iallah berkat dengan mengamalkan ayat quran ini dapat mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan anak-anaknya,suami dengan isteri,anak-anak dengan ibu bapanya,sesama adik beradik dan seumpamanya.Malah dapat mengekalkan rasa kasih sayang ,kemesraan dan dapat mengelakkan perpecahan dalam institusi keluarga.
Wallahualam...
Posted by HasDila85 at 6:57 PM 0 comments
Labels: Ibadah
Saturday, August 15, 2009
Konflik rumah tangga Rahmat atau sengketa?
Oleh Idris Musa dipetik dari 1 blog
Usah mengadu pihak ketiga
Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi.
Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar
Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai.
Maaf hamba wahai dinda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat
Apa guna selisih faham.
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi.
DEMIKIAN indahnya lagu dendangan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma, penuh bermakna buat pasangan suami isteri, malah memberi panduan berguna dalam melayari bahtera kehidupan rumah tangga.
Suami isteri yang berkongsi kehidupan bertahun-tahun, malah sehingga akhir hayat pasti tidak dapat lari daripada menempuh pelbagai dugaan berumah tangga.
Kadangkala, perkara kecil terbawa-bawa menjadi kes besar, bermasam muka dan berbalah. Malah, sesetengahnya sanggup mengeluarkan perkataan kesat, maki hamun, mengungkit dan membaling pinggan mangkuk dan periuk belanga.
Pertelingkahan atau konflik rumah tangga semakin menjadi-jadi, malah berpanjangan dari semasa ke semasa jika pasangan terbabit tidak mencapai kata sepakat dan persefahaman, apa lagi jika saling menunjukkan keegoan.
Konflik datang tanpa diundang dan kadang-kadang langsung tidak terfikir pasangan terbabit. Apakah konflik itu suatu malapetaka kepada rumah tangga atau mempunyai rahmat tersirat?
Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Alwi Parman, berkata pertelingkahan berlaku sebagai satu cubaan kepada pasangan terbabit kerana ada dosa dengan Tuhan yang mungkin tidak disedari pasangan terbabit.
“Justeru, ada ketika perkara kecil boleh jadi besar. Kata-kata ringkas boleh memilukan pasangan yang mendengar,” katanya.
Apabila berlaku pertelingkahan, katanya, pasangan dinasihatkan tidak mengadu kepada orang lain, bagi mengelak konflik bertambah teruk.
“Mengadulah pada Allah, cepat-cepat bertaubat pada Allah. Begitu juga, apabila bertelingkah kerana orang ketiga, jangan mengadu kepada orang lain, bersemukalah suami isteri. Jika tidak selesai, rujuk pakar kaunseling,” katanya.
Beliau berkata, apabila menerima musibah pasangan terbabit kena bersabar dan jangan berfikiran negatif.
“Jangan fikir Allah tak suka aku sebab beri musibah. Jika berpandangan sedemikian, ini menunjukkan sikap berputus asa, sedangkan dalam agama dilarang berputus asa. Mungkin bergaduh sedikit membawa kebaikan.
“Setiap pasangan kena berfikiran positif, jangan berprasangka buruk apabila berlaku pertelingkahan. Ingatlah, dalam berumah tangga, musuh utama ialah iblis,” katanya.
Menurutnya, umat Islam dilarang memikirkan bukan-bukan apabila berlaku konflik rumah tangga, sama ada terhadap jiran, keluarga mentua atau sial kepada objek tertentu seperti apabila memasuki rumah baru dan sebagainya.
“Tidak boleh mempunyai buruk sangka dan percaya kepada benda yang tidak sepatutnya. Kita kena kembali pada Islam,” katanya.
Beliau berkata, golongan bujang jangan berfikiran negatif seperti takut kepada konflik sehingga sengaja melewatkan berkahwin atau tidak mahu berkahwin, sedangkan ia fitrah semula jadi.
“Kalau tak mahu kahwin kerana takut konflik tak betul.
“Sabar ada tiga, dalam ibadat, menerima musibah dan melakukan maksiat. Apabila berlaku pertelingkahan atau musibah, kita kena bersabar,” katanya, yang berpengalaman menyelesaikan banyak kes rumah tangga pasangan Muslim.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata Islam mempunyai pandangan tersendiri mengenai konflik rumah tangga, walaupun secara umumnya setiap konflik dalam rumah tangga itu perlu dijauhi.
“Bagaimanapun, perlu difahami konflik adalah sebahagian ujian Allah dalam kehidupan berumah tangga.
“Ujian Allah tidak lain untuk menguji iman manusia,” katanya.
Konflik sesuatu yang perlu dihadapi setiap pasangan berumah tangga, cuma bezanya kecil atau besar kes terbabit dan kebijaksanaan pasangan berkenaan mengendalikannya.
“Sama ada konflik itu memberi kesan positif atau negatif bergantung pada cara seseorang itu mengendali dan menanganinya.
“Contohnya hujan, jika mampu ditampung akan menjadi tasik atau kolam, tidak berlakulah banjir,” katanya.
Menurutnya, kesan positif konflik rumah tangga ialah mengerat, mengukuh dan memantapkan hubungan suami isteri, manakala kesan negatif, antaranya merenggang, melemah dan melonggarkan ikatan rumah tangga.
Beliau memetik kenyataan Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin bahawa perkahwinan itu satu mujahadah, iaitu dalam mentadbir keluarga, mentarbiyah pasangan dan anak-anak, berusaha membentuk mereka, menasihati ke jalan agama, mencari pendapatan halal dan penebus dosa.
“Jika kita lihat semua ujian ini akan menjanjikan pahala dan kebaikan yang amat besar.
“Itulah ujian dan latihan bagi rohani untuk menjadi orang yang reda, pemurah, sabar, ikhlas, penyayang dan bertakwa.
“Menjadi fitrah bagi manusia untuk meningkatkan darjat dirinya berusaha menghadapi setiap konflik ini,” katanya.
Beliau berkata, setiap konflik bukan semata-mata malapetaka yang akan menghancurkan sistem keluarga.
“Tetapi perlulah kita bersabar dan menanganinya dengan kebijaksanaan dan ketakwaan. Ia adalah ujian dari Allah,” katanya.
Posted by HasDila85 at 6:45 PM 0 comments
Labels: Ibadah
Thursday, August 13, 2009
Pemergian 'Pahlawan Nasyid'...
Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.
Pemergian beliau menyahut panggilan ilahi benar2 mengejutkan semua.Kerana Allahyarham bukan sahaja pahlawan nasyid yang bersuara emas malah dianggap juga sebagai Ulama nasyid bagi anggota kumpulan nasyid membuat rujukan khususnya tentang Islam.
Al Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri dan mudah2 an Allah memberi kekuatan buat ahli keluarganya dan peringatan buat kita yang masih hidup tentang kematian.
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Posted by HasDila85 at 12:41 AM 0 comments
Labels: Others
Tuesday, August 11, 2009
my little brother..HADI..
ni la adik bongsu saya yg dah pandai kacau abg n kakak2 dia skrg..nampak ja pendiam tp bila dia report kat mak x sangka dia boleh cakap sejauh tu heee...thn depan insyaAllah masuk darjah 1..suka p pra sekolah dia ni...rajin..bagus bagus...
pic ni diambil waktu walimah saya..sian Hadi mesti tak happy waktu tu sbb dia demam.panas bdn dia time tu,huhu....tapi dia diam ja x meragam..K.long pon dah x sempat tgk Hadi time tu...xpe,yg pnting ade pic Hadi yg cute ni tuk wat kenangan =p
Posted by HasDila85 at 1:15 AM 0 comments
Labels: My life
Family Batu Gajah...
Gambar ni time Raya Aidilfitri tahun lepas jugak.gamba selepas sesi bermaaf-maafan n before p solat sunat aidilfitri.Di rumah family hubby kat Batu Gajah.Raya pertama kami di rumah ni..Dalam gamba ni sorang je takde,Ela..Ela dah balik jordan ..tapi sempat la berpuasa 3 mggu dekt sini..Ela amik kos perubatan di Jordan..jadi InsyaAllah dalam family Batu Gajah pon bakal ada seorg doktor.Good Luck ye Ela!
Dari kiri bhgn depan :Wan,Taufiq,Jannah,Yati,Bonda Zaharah,Saya,Yop
bhgn belakang :Ab,Uda n Ayahanda Alias.
Posted by HasDila85 at 1:06 AM 0 comments
Labels: My life
Wednesday, August 5, 2009
My beloved family...
dari kiri : my loving hubby,saya,mak (Pn Fatimah),ayah(En Baharuddin),adik ke6(Tolhah-UM Nilam Puri)
depan dari kiri:adik ke7(az zubair-Maahad Tahfiz Sains Al-Bustamam Tanah Merah),adik ke9(aisyah-darjah5),adik ke10(anisatun-darjah 4),adik ke7(solehah-form 1),adik ke11(farid-darjah 2)
hee dan yg sy pgg ,plg kecik tu adik bongsu saya Hadi...umo 6 tahun..besa dah adik kecik saya...=)
Kali ni saya nak perkenaikan family saya yg byk memberi moral support pd saya as isteri,menantu,k.long n yong..Kut2 Kalau-kalau terserempak tgh jalan dgn kesemua wajah2 ini,merekalah sebahagian dari hidup saya selama ni =)
Pic atas ni amik sebelum nak pulgkan jubah konvo..sebelum plg kene pulun posed,baru berbaloi hee...mak n ayah pun sy suh pakai tuk bergamba..kejayaan saya kejayaan mereka jgk =)pic ni pula time raya tahun lepas,raya pertama dgn hubby..di rumah saya..
yg plg depan adik perempuan sy plg besar;asma (UKM) n Ngah (UM)..
yg tunjuk peace tu jannah n yg tdg peach tu yati..(adik ipar)yg blkg adik btdung hitam tu adik ke 5 (Abu Ubaidah-KISDAR)..yg len2 tu dah kenaikan awai td,hee..tp de sorg yg takde time tu iaitu adik yg ke4 (Luqman-UNIMAS)..ry pertama dia sbg perantau,cian luqman..thn ni pun x dpt blk...huhu..
ni la luqman...bakal dr 2 thn lagi iallah..
Posted by HasDila85 at 9:56 PM 2 comments
Labels: My life
2nd Darus Sakinah...
Alhamdulillah Ya Rahman...
After 1 months hidup sebagai 'nomad' ,at last berjaya sewa bilik ini buat semntara waktu..dan inilah yg mampu saya cari utk mewujudkan kembali new Darus Sakinah buat kami selepas di UK.Kebetulan pulak,dapt bilik ni hari yg sama my hubby dtg semula ke klantan ditemani ayah..Mungkin rezeki ayah juga ni mudah utk menginap malam tu =)..
Bila mengenangkan blk dari hari pertama sampai ke klntan till dpt bilik sewa ni smlm,Allah ja yg tau peritnya nak dptkan tmpt penginapan di Kelantan dgn kadar sewa yg munasabah dan mampu utk kami yg baru nak mula membina kehidupan berfamily independently ni...
Mmg sebulan sebelum ni,kwn2 di USM sgt byk membantu terutamanya Amalina,Nuyu dan Nik..di samping sokongan dari hubby yg ada jauh time tu dan family..Alhamdulillah n thanks a lot for all ur kindness n hospitality..
Hee tapi yg nak dikongsikan di sini sbnrnya ialah Darus Sakinah sekarang...Betui2 rasa suasana kampung..dgn adanya tangga hijau ke bhgn ats yg mmg macam tangga di kg cukup buat saya n hubby rs happy dan selesa tggl di bilik ni =)...3 words yg plg sesuai tuk describe keadaan kt sini:tenang,fresh,sunyi..bila malam pulk tu dgr bunyi cengkerik..pastu ada binatang jalan ats atap + bunyi unggas2 hutn..=) rasanya mcm dah fall in love ja dgn 2nd Darus Sakinah ni,hee..
Pape pun,InsyaAllah puasa kali ini kami akan berpuasa bersama2 di sini dgn selesa krn dah mula settle down wpun sementara..=)
1) 1st pic ialah dalam bilik...
2) beruk depan bilik...ade 2 ekor..yg depan tu aktif betui..nasib baik de rantai..kalau tak mau kacau org =p
Posted by HasDila85 at 12:58 AM 0 comments
Labels: My life