BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 9, 2009

Thanks to everyone!


Saat-saat akhir berkhidmat di USM,Kubang Kerian...

Alhamdulillah walaupun tak sempat habiskan sampai hujung bulan Dec ni dan hanya 5 bulan 10 hari,saya bersyukur sebab dapat peluang untuk bekerja di Health Informatics Unit,USM ni..banyak pengalaman baru yang saya dapat di sini..terutamanya dari segi management,teamwork dan research methodologies.. pada mulanya ,plan asal saya adalah lain di USM ini disamping menjadi research officer,tetapi kerana untuk bersama suami tersayang saya perlu menukar plan tersebut..
dan saya masih teringat waktu saya mula-mula sampai di Kelantan untuk melaporkan diri,saya hampir-hampir nak cancelkan tujuan saya di sini kerana beberapa perkara termasuk kepayahan untuk mendapatkan rumah sewa dgn harga yg mampu dibayar + ketiadaan transport + 100% perlu jadi independent person(disebabkan Kubang Kerian tmpt baru bg saya)..
saya juga masih terasa kepenatan berjalan kaki mencari rumah sewa pada hari yang panas + bersendirian pada minggu pertama saya sampai..dan juga kepayahan untuk mendapatkan public transport membuatkan akhirnya saya terpaksa menaiki private trnsport dgn bayaran yg mahal..dan sepanjang 5 bulan ini 5 kali saya pindah dan rumah sewa sekarang ialah yg ke-5..
namun begitu,saya ucapkan berbanyak terima kasih buat Ketua Projek saya Prof Madya Sharifah Mastura,supervisor saya,En Nor Azmi Zainal,rakan sepasukan saya,Amalina dan Akman yg banyak membantu + membimbing saya sepanjang bekhidmat di sini...tak lupa juga buat rakan-rakan yg turut beri sokongan pd saya sepanjang saya ada di sini,Gisel,Ai,Fatiyah,Nuyu dan Aini.buat sepupu saya Nabihah + Nabilah..

buat Mak Cik Suhaila + Kak Yah(Min Homestay) +housemate (K.Nora + qila + farah)

dan buat suami saya Hasbullah, terima kasih kerana sedia mendengar rintihan isterimu ini...