BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 9, 2009

Thanks to everyone!


Saat-saat akhir berkhidmat di USM,Kubang Kerian...

Alhamdulillah walaupun tak sempat habiskan sampai hujung bulan Dec ni dan hanya 5 bulan 10 hari,saya bersyukur sebab dapat peluang untuk bekerja di Health Informatics Unit,USM ni..banyak pengalaman baru yang saya dapat di sini..terutamanya dari segi management,teamwork dan research methodologies.. pada mulanya ,plan asal saya adalah lain di USM ini disamping menjadi research officer,tetapi kerana untuk bersama suami tersayang saya perlu menukar plan tersebut..
dan saya masih teringat waktu saya mula-mula sampai di Kelantan untuk melaporkan diri,saya hampir-hampir nak cancelkan tujuan saya di sini kerana beberapa perkara termasuk kepayahan untuk mendapatkan rumah sewa dgn harga yg mampu dibayar + ketiadaan transport + 100% perlu jadi independent person(disebabkan Kubang Kerian tmpt baru bg saya)..
saya juga masih terasa kepenatan berjalan kaki mencari rumah sewa pada hari yang panas + bersendirian pada minggu pertama saya sampai..dan juga kepayahan untuk mendapatkan public transport membuatkan akhirnya saya terpaksa menaiki private trnsport dgn bayaran yg mahal..dan sepanjang 5 bulan ini 5 kali saya pindah dan rumah sewa sekarang ialah yg ke-5..
namun begitu,saya ucapkan berbanyak terima kasih buat Ketua Projek saya Prof Madya Sharifah Mastura,supervisor saya,En Nor Azmi Zainal,rakan sepasukan saya,Amalina dan Akman yg banyak membantu + membimbing saya sepanjang bekhidmat di sini...tak lupa juga buat rakan-rakan yg turut beri sokongan pd saya sepanjang saya ada di sini,Gisel,Ai,Fatiyah,Nuyu dan Aini.buat sepupu saya Nabihah + Nabilah..

buat Mak Cik Suhaila + Kak Yah(Min Homestay) +housemate (K.Nora + qila + farah)

dan buat suami saya Hasbullah, terima kasih kerana sedia mendengar rintihan isterimu ini...

Saturday, November 28, 2009

cuti-cuti aloq setaq...


Seminggu sebelum raya aidiladha saya sempat p bercuti ke alor setar..org len p bekerja saya p menumpang bercuti...hehe sorii ya abang Hasbullah....tapi memang best walaupun sat ja ..apa yang pasti,sempatla p 'shopping sakan' kat sebuah kedai ja kat pekan Rabu (haha sebab terpengaruh ngan m cik penjuai yg friendly tu maka abes duet kat 1 kedai ja)..saya beli ikan pekasam,rojak Mak Bee,ikan sepat ronggeng,acar buah,rempah kari ikan n daging,heee kan banyak tuu...


ada juga p jalan kuala kedah,kononnya nak tengok sunset,hehe tapi tak jumpa...silap tempat kut p time tu..tapi kan dekat tengah2 kawasan kampung area situ tetiba ada jambatan high-tech melangit,heee sampai ade orang rasa gayat lalu atas tu...


lepas tu,sempat juga p pekena laksa yang glamour kat kedah ni..laksa teluk Kechai...maybe yang specialnya sebab ada sambal nyok tu kut..hee ntah...yang pasti,saya dan hubby pulun makan sate kat situ...kuah kacang dia memang sedap...

apa pun,walaupun hanya 4 hari di Alor setar,saya rasa seronok dan makanan2 kat kedah pun memang sedap-sedap..org kedah pun friendly..dan tumpang happy dapat tumpang bekerja di dalam 'bilik kaca'....credit for Proton Alor Star dan semestinya my hubby..=)

Monday, November 9, 2009

Men are from Mars,Women are from Venus..


Untuk sahabat2 saya yang dah berumah tangga dan akan berkahwin dalam masa terdekat saya recommendkan anda membaca buku ini bila berkesempatan..

Istimewanya buku ini bagi saya compared dengan buku2 lain
1-Ia fokus pada perbezaan antara lelaki dan wanita yang perlu kita sedar dan fahami.Dan anda akan rasa ya betul juga apa yang John Gray katakan tu..walaupun x semua boleh diterima bulat2 =)
2-Kepentingan 'menghargai' dan ' menerima' perbezaan ini untuk membina perhubungan yang bahagia antara suami isteri
3-menjelaskan bahawa lelaki dan wanita mempunyai 'Different language'yang seringkali salah ditafsir oleh pasangan.Yang mana wanita lebih bersifat 'relationship-oriented' sementara lelaki 'solution-oriented'.jadi,bagaimana untuk mengatasi different language ini?
4-ada juga diceritakan berkenaan 'natural cycle'berbeza bagi lelaki dan wanita yang perlu difahami.Contohnya when men gets into his cave ,what women should do?

Jadi untuk tahu lebih lanjut,sila dapatkan buku ini ok dan yang penting baca =) di samping amalkan tips-tips lain..

Terima kasih untuk hubby saya sebab hadiahkan buku ini...=)

Sunday, November 1, 2009

Fossil.....



thanks a bunch to my hubby for that special n lovely watch...
selamat ulangtahun pertama Hasbullah...=)
terima kasih juga sebab jadi such a wonderful husband...

Raya 2009 di Batu Gajah...

walaupun raya aidilfitri dah abes lama saya masih nak upload gamba raya di rumah mertua di bt gajah ni...saje wat kenangan di masa hadapan =)
kebetulan tahun ni jugak,ahli2 rumah ni semuanya ada termasuk laila...

heee tp saya suka sgt gambar hubby sbb senyum lebar bukan main ha dia ..ade ape2 ke?=p

huhuu........

baru plan nak pinjam buku bla bla bla kat Perpustakaan Hamdan Tahir ni....siap search buku yg diangan nak pinjam kat website lib lagi sebelum p...siap isi form terus nak jadi member bila smpai lib,dgn gambar 2 keping yg memang dah ready dari last week.. tup tup bila kat kaunter staf lib tu kata 'Awak tak layak dah ni memohon jadi ahli sbb tinggal 2 bulan je lagi habis tempoh kontrak'...huuu keciwanya.....(-_-)

lesson for today:Bertindak awal sebelum terlambat!

Wednesday, October 21, 2009

Big apple....

mmm yummy3..donut2 di atas ni bukannye dunkin d'nut tapi big apple...
bila jarang2 makan memang sgt sedap...bih sedap bila ada yang sudi belanja =)
mohle makan big apple di Jaya Jusco,ipoh....

Tuesday, October 20, 2009

BBQ mahabbah....

=) alhamdulillah misi tuk buat bbq tercapai jugak akhirnya....mekaseh wat my hubby and adik2 yg banyak tolong prepare kat dapor tu..included my mom....heee walaupun ada insiden yg tidak diingini berlaku kat dapur tu gara2 nak panaskan charcoal tapi alhamdulillah misi dapat diteruskan juga....

mekaceh semua!!!

Sunday, September 27, 2009

All the Best!

Alhamdulillah dah mula keje semula lepas cuti seminggu beraya..yg bersekolah pun dah mula bersekolah hr ni..dan yang belajar di IPT atau kolej pulak rata2 tgh sibuk pulun study tuk exam...
jadi,saya amik kesempatan kt sini tuk ucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan nnti; especially buat adik2 saya di IPTA dan Kolej Islam Darul Ridzuan..insyaAllah doa Kak Long bersama kalian..yg penting usaha dan tawakal pada Allah..mmm nak upload gamba raya blum de kesempatan lg,insyaallah cuba upload tuk post akn dtg..

Wednesday, September 16, 2009

Raya Raya Raya...

InsyaAllah lagi 2 hari dah nak Raya...Cepat ja rasa puasa thn ni,mungkin sbb dah kijo kut...

mmm tapi yg paling penting 'amalan-amalan yang dilakukan special' dlm bulan Ramadhan tidak berakhir sampai situ saja , kene keep it up atau dalam arabnye trus istiqamah beribadah walaupun dah abis Ramadhan..kalau mampu buat macam tu,kat situ dah bleh tau keberkatan puasa kita pada thn ni...moh muhasabah puasa masing2 tahun ni kay bermula syawal yg bakal menjelang nanti..=)
dan tidak kurg juga, rancang2kanlah penutup yg terbaik n teristimewa utk Ramadhan kali ini..mungkin ini Ramadhan yg terakhir kan dah rugi nanti..
cthnya maybe bagi yang nak bagi duit raya pada ahli keluarga dan sanak saudara,boleh berikan di penghujung Ramadhan..dan saling bermaaf maafan sesama kita..mudah2an pahala kita akan berlipat kali ganda dari biasa ...sbb bulan Ramadhan memang kita tau penuh dengan ganjaran compared bulan2 lain...
hee..berbalik kepada raya..insyaAllah tahun ni kami raya di Ipoh(rumah saya),walaupun rumah mertua dekat ja,turn raya mesti ada baru ada kesepakatan dlm rumahtangga =)...
ape pun,saya dah tak sabar sangat pulang ke Perak ' menjejak kasih ' suami saya...Semoga saya,hubby n adik2 saya selamat sampai ke Perak..ameen..dan untuk mereka yg pulang beraya ke kampung masing2 jgk,mudah2 an selamat sampai.Baca doa dan hati-hati di jalan raya =)

Selamat Hari Raya 1430H dan maafkan segala salah silap saya selama ini...
Selamat meneruskan ibadah puasa dengan iltizam yg tinggi!

Ikhlas,
Aadilah.........

Saturday, August 22, 2009

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan!!


Alhamdulillah hari ni dah hari kedua berpuasa..alhamdulillah juga sbb berkesempatan melalui Ramadhan 1430H kali ini.Moga2 saya dapat menjalani ibadah puasa dan melipatgandakan amal ibadah kali ini secara istiqamah dan ikhlas...

Ramadhan kali ini ramadhan pertama saya di Kelantan..jauh dari suami tersayang n keluarga..wpun bukan dipisahkan oleh benua tapi sy tetap rs jauh huhu...

Sahur pun betul2 ala kadar bagaikan org bujang..cukup dgn air dan tamar..tapi ini pun dah mencapai sunat dalam berpuasa.

“Sesungguhnya makan sahur adalah barokah yang Allah berikan pada kalian maka janganlah kalian tinggalkan”. (Hadis Riwayat an-Nasa’i (4/145) dan Ahmad (5/270). Sanadnya Sahih)

Apepun,mudah2an kedatangan Ramadhan kali ini memberi keberkatan(barokah),rahmat dan keampunan(maghfirah)buat suami saya Hasbullah,saya dan ahli keluarga saya insyaAllah..

Selamat berpuasa dan jom pulun beribadah dari saya!

~aAdiLaH 2 RAMADHAN 1430H~

Tuesday, August 18, 2009

Memperkenalkan Koleksi Adik Ceria, eksklusif dari SimpliSiti! Diperbuat dari kain cotton 100% - sungguh selesa, sungguh bergaya. Baju saiz S & M didatangkan sepasang dengan seluar, manakala saiz L dan XL baju sahaja.

SMILEY PINK


PALETTE BLUE


SMILEY YELLOW


PALETTE GREEN


SMILEY PINK & PALETTE BLUE
SaizUmur*Ukurlilit DadaLabuh BajuPanjang SeluarHarga (RM)
S1-224161735
M3-426171835
L5-62818-21
XL7-83019-21
*Anggaran purata sahaja, sila rujuk ukurlilit dada untuk kepastian saiz.

SMILEY YELLOW & PALETTE GREEN
SaizUmur*Ukurlilit DadaLabuh BajuPanjang SeluarHarga (RM)
S1-224151330
M3-426161430
L5-62817-18
XL7-83018-18
*Anggaran purata sahaja, sila rujuk ukurlilit dada untuk kepastian saiz.

Monday, August 17, 2009

Nota untuk suami....




Pernikahan atau perkahwinan
menyingkap tabir rahsia
isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia khadijah
tidaklah setakwa aisyah
pun tidak setabah fatimah
justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita-cita menjadi solehah

pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajipan bersama
isteri menjadi tanah,kamu langit penaungnya
isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
isteri adalah murid, kamu mursyidnya

isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya
saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya

pernikahan atau perkahwinan
menginsafkan kita perlunya iman dan takwa
untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T
kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana
justeru, kamu akan tersentak daripada alpa
kamu bukanlah Rasulullah S.A.W
pun bukanlah Saidina Ali
suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh
...amin...


Doa Mahabbah


DOA MAHABBAH (Surah Ali Imran ayat 31)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Iallah berkat dengan mengamalkan ayat quran ini dapat mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan anak-anaknya,suami dengan isteri,anak-anak dengan ibu bapanya,sesama adik beradik dan seumpamanya.Malah dapat mengekalkan rasa kasih sayang ,kemesraan dan dapat mengelakkan perpecahan dalam institusi keluarga.
Wallahualam...

Saturday, August 15, 2009

Konflik rumah tangga Rahmat atau sengketa?

Oleh Idris Musa dipetik dari 1 blog

Usah mengadu pihak ketiga

Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi.

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar
Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai.

Maaf hamba wahai dinda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Suami isteri mesti berpakat

Rumah tangga mendapat berkat
Apa guna selisih faham.
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi.

DEMIKIAN indahnya lagu dendangan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma, penuh bermakna buat pasangan suami isteri, malah memberi panduan berguna dalam melayari bahtera kehidupan rumah tangga.

Suami isteri yang berkongsi kehidupan bertahun-tahun, malah sehingga akhir hayat pasti tidak dapat lari daripada menempuh pelbagai dugaan berumah tangga.

Kadangkala, perkara kecil terbawa-bawa menjadi kes besar, bermasam muka dan berbalah. Malah, sesetengahnya sanggup mengeluarkan perkataan kesat, maki hamun, mengungkit dan membaling pinggan mangkuk dan periuk belanga.

Pertelingkahan atau konflik rumah tangga semakin menjadi-jadi, malah berpanjangan dari semasa ke semasa jika pasangan terbabit tidak mencapai kata sepakat dan persefahaman, apa lagi jika saling menunjukkan keegoan.

Konflik datang tanpa diundang dan kadang-kadang langsung tidak terfikir pasangan terbabit. Apakah konflik itu suatu malapetaka kepada rumah tangga atau mempunyai rahmat tersirat?

Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Alwi Parman, berkata pertelingkahan berlaku sebagai satu cubaan kepada pasangan terbabit kerana ada dosa dengan Tuhan yang mungkin tidak disedari pasangan terbabit.

“Justeru, ada ketika perkara kecil boleh jadi besar. Kata-kata ringkas boleh memilukan pasangan yang mendengar,” katanya.

Apabila berlaku pertelingkahan, katanya, pasangan dinasihatkan tidak mengadu kepada orang lain, bagi mengelak konflik bertambah teruk.

Mengadulah pada Allah, cepat-cepat bertaubat pada Allah. Begitu juga, apabila bertelingkah kerana orang ketiga, jangan mengadu kepada orang lain, bersemukalah suami isteri. Jika tidak selesai, rujuk pakar kaunseling,” katanya.

Beliau berkata, apabila menerima musibah pasangan terbabit kena bersabar dan jangan berfikiran negatif.

“Jangan fikir Allah tak suka aku sebab beri musibah. Jika berpandangan sedemikian, ini menunjukkan sikap berputus asa, sedangkan dalam agama dilarang berputus asa. Mungkin bergaduh sedikit membawa kebaikan.

“Setiap pasangan kena berfikiran positif, jangan berprasangka buruk apabila berlaku pertelingkahan. Ingatlah, dalam berumah tangga, musuh utama ialah iblis,” katanya.

Menurutnya, umat Islam dilarang memikirkan bukan-bukan apabila berlaku konflik rumah tangga, sama ada terhadap jiran, keluarga mentua atau sial kepada objek tertentu seperti apabila memasuki rumah baru dan sebagainya.

“Tidak boleh mempunyai buruk sangka dan percaya kepada benda yang tidak sepatutnya. Kita kena kembali pada Islam,” katanya.

Beliau berkata, golongan bujang jangan berfikiran negatif seperti takut kepada konflik sehingga sengaja melewatkan berkahwin atau tidak mahu berkahwin, sedangkan ia fitrah semula jadi.

“Kalau tak mahu kahwin kerana takut konflik tak betul.

Sabar ada tiga, dalam ibadat, menerima musibah dan melakukan maksiat. Apabila berlaku pertelingkahan atau musibah, kita kena bersabar,” katanya, yang berpengalaman menyelesaikan banyak kes rumah tangga pasangan Muslim.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata Islam mempunyai pandangan tersendiri mengenai konflik rumah tangga, walaupun secara umumnya setiap konflik dalam rumah tangga itu perlu dijauhi.

“Bagaimanapun, perlu difahami konflik adalah sebahagian ujian Allah dalam kehidupan berumah tangga.

Ujian Allah tidak lain untuk menguji iman manusia,” katanya.

Konflik sesuatu yang perlu dihadapi setiap pasangan berumah tangga, cuma bezanya kecil atau besar kes terbabit dan kebijaksanaan pasangan berkenaan mengendalikannya.

“Sama ada konflik itu memberi kesan positif atau negatif bergantung pada cara seseorang itu mengendali dan menanganinya.

“Contohnya hujan, jika mampu ditampung akan menjadi tasik atau kolam, tidak berlakulah banjir,” katanya.

Menurutnya, kesan positif konflik rumah tangga ialah mengerat, mengukuh dan memantapkan hubungan suami isteri, manakala kesan negatif, antaranya merenggang, melemah dan melonggarkan ikatan rumah tangga.

Beliau memetik kenyataan Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin bahawa perkahwinan itu satu mujahadah, iaitu dalam mentadbir keluarga, mentarbiyah pasangan dan anak-anak, berusaha membentuk mereka, menasihati ke jalan agama, mencari pendapatan halal dan penebus dosa.

“Jika kita lihat semua ujian ini akan menjanjikan pahala dan kebaikan yang amat besar.

“Itulah ujian dan latihan bagi rohani untuk menjadi orang yang reda, pemurah, sabar, ikhlas, penyayang dan bertakwa.

“Menjadi fitrah bagi manusia untuk meningkatkan darjat dirinya berusaha menghadapi setiap konflik ini,” katanya.

Beliau berkata, setiap konflik bukan semata-mata malapetaka yang akan menghancurkan sistem keluarga.

“Tetapi perlulah kita bersabar dan menanganinya dengan kebijaksanaan dan ketakwaan. Ia adalah ujian dari Allah,” katanya.

Thursday, August 13, 2009

Pemergian 'Pahlawan Nasyid'...

Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Pemergian beliau menyahut panggilan ilahi benar2 mengejutkan semua.Kerana Allahyarham bukan sahaja pahlawan nasyid yang bersuara emas malah dianggap juga sebagai Ulama nasyid bagi anggota kumpulan nasyid membuat rujukan khususnya tentang Islam.
Al Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri dan mudah2 an Allah memberi kekuatan buat ahli keluarganya dan peringatan buat kita yang masih hidup tentang kematian.

PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Tuesday, August 11, 2009

my little brother..HADI..

ni la adik bongsu saya yg dah pandai kacau abg n kakak2 dia skrg..nampak ja pendiam tp bila dia report kat mak x sangka dia boleh cakap sejauh tu heee...thn depan insyaAllah masuk darjah 1..suka p pra sekolah dia ni...rajin..bagus bagus...

pic ni diambil waktu walimah saya..sian Hadi mesti tak happy waktu tu sbb dia demam.panas bdn dia time tu,huhu....tapi dia diam ja x meragam..K.long pon dah x sempat tgk Hadi time tu...xpe,yg pnting ade pic Hadi yg cute ni tuk wat kenangan =p

Family Batu Gajah...

Gambar ni time Raya Aidilfitri tahun lepas jugak.gamba selepas sesi bermaaf-maafan n before p solat sunat aidilfitri.Di rumah family hubby kat Batu Gajah.Raya pertama kami di rumah ni..Dalam gamba ni sorang je takde,Ela..Ela dah balik jordan ..tapi sempat la berpuasa 3 mggu dekt sini..Ela amik kos perubatan di Jordan..jadi InsyaAllah dalam family Batu Gajah pon bakal ada seorg doktor.Good Luck ye Ela!

Dari kiri bhgn depan :Wan,Taufiq,Jannah,Yati,Bonda Zaharah,Saya,Yop
bhgn belakang :Ab,Uda n Ayahanda Alias.

Wednesday, August 5, 2009

My beloved family...

dari kiri : my loving hubby,saya,mak (Pn Fatimah),ayah(En Baharuddin),adik ke6(Tolhah-UM Nilam Puri)
depan dari kiri:adik ke7(az zubair-Maahad Tahfiz Sains Al-Bustamam Tanah Merah),adik ke9(aisyah-darjah5),adik ke10(anisatun-darjah 4),adik ke7(solehah-form 1),adik ke11(farid-darjah 2)
hee dan yg sy pgg ,plg kecik tu adik bongsu saya Hadi...umo 6 tahun..besa dah adik kecik saya...=)
Kali ni saya nak perkenaikan family saya yg byk memberi moral support pd saya as isteri,menantu,k.long n yong..Kut2 Kalau-kalau terserempak tgh jalan dgn kesemua wajah2 ini,merekalah sebahagian dari hidup saya selama ni =)
Pic atas ni amik sebelum nak pulgkan jubah konvo..sebelum plg kene pulun posed,baru berbaloi hee...mak n ayah pun sy suh pakai tuk bergamba..kejayaan saya kejayaan mereka jgk =)pic ni pula time raya tahun lepas,raya pertama dgn hubby..di rumah saya..
yg plg depan adik perempuan sy plg besar;asma (UKM) n Ngah (UM)..
yg tunjuk peace tu jannah n yg tdg peach tu yati..(adik ipar)yg blkg adik btdung hitam tu adik ke 5 (Abu Ubaidah-KISDAR)..yg len2 tu dah kenaikan awai td,hee..tp de sorg yg takde time tu iaitu adik yg ke4 (Luqman-UNIMAS)..ry pertama dia sbg perantau,cian luqman..thn ni pun x dpt blk...huhu..

ni la luqman...bakal dr 2 thn lagi iallah..

2nd Darus Sakinah...

Alhamdulillah Ya Rahman...
After 1 months hidup sebagai 'nomad' ,at last berjaya sewa bilik ini buat semntara waktu..dan inilah yg mampu saya cari utk mewujudkan kembali new Darus Sakinah buat kami selepas di UK.Kebetulan pulak,dapt bilik ni hari yg sama my hubby dtg semula ke klantan ditemani ayah..Mungkin rezeki ayah juga ni mudah utk menginap malam tu =)..

Bila mengenangkan blk dari hari pertama sampai ke klntan till dpt bilik sewa ni smlm,Allah ja yg tau peritnya nak dptkan tmpt penginapan di Kelantan dgn kadar sewa yg munasabah dan mampu utk kami yg baru nak mula membina kehidupan berfamily independently ni...
Mmg sebulan sebelum ni,kwn2 di USM sgt byk membantu terutamanya Amalina,Nuyu dan Nik..di samping sokongan dari hubby yg ada jauh time tu dan family..Alhamdulillah n thanks a lot for all ur kindness n hospitality..

Hee tapi yg nak dikongsikan di sini sbnrnya ialah Darus Sakinah sekarang...Betui2 rasa suasana kampung..dgn adanya tangga hijau ke bhgn ats yg mmg macam tangga di kg cukup buat saya n hubby rs happy dan selesa tggl di bilik ni =)...3 words yg plg sesuai tuk describe keadaan kt sini:tenang,fresh,sunyi..bila malam pulk tu dgr bunyi cengkerik..pastu ada binatang jalan ats atap + bunyi unggas2 hutn..=) rasanya mcm dah fall in love ja dgn 2nd Darus Sakinah ni,hee..

Pape pun,InsyaAllah puasa kali ini kami akan berpuasa bersama2 di sini dgn selesa krn dah mula settle down wpun sementara..=)


1) 1st pic ialah dalam bilik...
2) beruk depan bilik...ade 2 ekor..yg depan tu aktif betui..nasib baik de rantai..kalau tak mau kacau org =p

Tuesday, July 28, 2009

Aiskrim Kekasih..


Teringin pulak rasanya nk makan aiskrim ...
Asalnya ajak malin ( labmate) saja sbb baru ja lepas lunch dengan labmates yg lain,kut2 diorang kenyang lagi..tapi rupa2nya semua teringin nak mkn aiskrim jugak hehehe.....

maka jadi la minum petang berjemaah di cafe PPSP..ber5 semuanya (malin,baini,gisel,nik,qayyum,saya)..cafe ni temanya KEKASIH..bleh kata smua menu yg special ada perkataan kekasih..cth mcm ABC kekasih,aiskrim kekasih,mee kari kekasih dsbg...dgn landskap cafe yg menyejukkan mata mmg best untuk bersantai sambil mkn aiskrim =)

inilah aiskrim yg saya mkn ptg semalam..3 scoop = rm3...menarik jgkkan?mohle dtg ke cafe ni bila dtg ke USM Kelantan..=)



hee sempat lg renyih sebelum mkn aiskrim..
(baini,amalina)







psgn ni teman sepraktikal ja tau...msg2 tgh countdown duduk di pelamin =)
(nik,qayyum)





haa nilah icecream introducer...gisel namanya..gisel la yg wat saya teringin mkn icecream..hee..mekaceh ya gisel!

Solat Sunat Dhuha dan Kelebihannya..


Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha



Ertinya: " sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala".

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa



maksudnya;

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

" Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." (HR. Anas B Malik).

" Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

" Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat." (HR Ahmad, Muslim dan Daud)

Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

1st Darus Sakinah..


This is our first house after we had been married for 1 and a half months.Alhamdulillah tak sangka jugak my hubby dapat carikan rumah sewa utk kami bila saya sampai di UK..Tapi nak dapatkan flat ni pon bukanlah mudah sbnrnya,Allah saja yg tau kegigihan my hubby mencari flat sewa yg mampu utk kami survive spjg berada di sana.Terharu rasanya bila mengenangkan pengorbann my hubby untuk membolehkan saya sampai ke UK juga..
Plan asal mmg macam dah takde harapan utk sampai UK tapi mungkin rezeki pengantin baru =) sampai jugk akhirnya ke sana menemankan my hubby for almost 6 months..Tapi rumah kami yg tingkat bawah tu sebenarnya =)...

Gambar ini diambil time winter 2008...waktu tu mmg agak baru juga smpai di UK..alhamdulillah dapat rasa salji cane..hee best jgk tapi prob sket bila nak jalan..licin....kalau kami berjalan mmg kene berkepit kalau tak meluncur la jawabnye =p....tapi time bukan winter pun sokmonya kami berkepit,heee nak kaut pahala katekan....=)..

ape pun,19 Brookfield Road,Crumpsall M85SE remains in our memories.....rindunye kat rumah ni..huhu....

MEng Mechanical Engineering

Congrats Ayang!

Alhamdulillah selepas 4 tahun di UK, akhirnya pada 13 julai 2009 my hubby berjaya menamatkan pengajiannya di sana dengan kelulusan MEng Mechanical Engineering...

Walaupun time konvo my hubby takde siapa yg dapat hadir sbb 'jauh',kami kat Msia sgt-sgt bersyukur atas kejayaan Ayang@Yop.Bonda Zaharah(emak my hubby) cukup lega bila tau my hubby tamat belajar juga akhirnya..apetah isterinye yg mmg sdg menuggu kepulangan suaminye tersayang =)

ape pun,sekali lagi Tahniah untuk my hubby @ Hasbullah Alias atas kejayaannya berjaya dengan selamat mentally n physically =)...

p/s gambar ini sebelum my hubby konvokesyen..sbb tu topi masih dipegang n tidak boleh dipakai lagi spt dimaklumkan my hubby....


hee..yang ni baru la my hubby rasmi menjadi graduate student..cume skrol je takde..=)















yg ini pulak,pic my hubby bersama teman seperjuangannya sepanjang di University of Manchester....