BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 13, 2009

Pemergian 'Pahlawan Nasyid'...

Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Pemergian beliau menyahut panggilan ilahi benar2 mengejutkan semua.Kerana Allahyarham bukan sahaja pahlawan nasyid yang bersuara emas malah dianggap juga sebagai Ulama nasyid bagi anggota kumpulan nasyid membuat rujukan khususnya tentang Islam.
Al Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri dan mudah2 an Allah memberi kekuatan buat ahli keluarganya dan peringatan buat kita yang masih hidup tentang kematian.

PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

0 comments: