BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 11, 2010

Ku hadir padamu



Dikaulah harapanku
Dikaulah kekasihku
Dikaulah segalanya
tempat ku mengadu
ku hadir padamu.....

Monday, October 18, 2010

If I just believe it, there's nothing to it...


I used to think that I could not go on
And life was nothing but an awful song
But now I know the meanin' of true love
I'm leanin' on the everlasting arms

If I can see it then I can do it
If I just believe it, there's nothing to it

I believe I can fly
I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar
I see me running through that open door
I believe I can fly, I believe I can fly
I believe I can fly

See I was on the verge of breakin' down
Sometimes silence can seem so loud
There are miracles in life I must achieve
But first I know it starts inside of me oh

If I can see it then I can be it
If I just believe it, there's nothing to it

I believe I can fly
I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar
I see me runnin' through that open door
I believe I can fly, I believe I can fly
I believe I can fly

Hey 'cuz I believe in me
If I can see it then I can do it
If I just believe it, there's nothing to it

I believe I can fly
I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar
I see me runnin' through that open door
I believe I can fly, I believe I can fly
I believe I can fly

Hey if I just spread my wings
I can fly
I can fly
I can fly, hey
If I just spread my wings
I can fly
Fly eye, eye

Thursday, October 14, 2010

motivation or high expectation???

excellent work!..will be a good product...~supervisor~

aishhh rasa cuak ada + rasa motivate ada + (actually )AM I ABLE to work for it until it completely develop and ready to be used?

kalau dulu ada classmate bleh hang around to discuss tapi sekarang 100% self effort...no more lecture + tutorial class but only 'I'...and lots of distraction + extra pressure from supervisor (sometimes).....

but no matter what happen ONLY + just ME can accomplish the project.yup,MISSION IMPOSSIBLE!!la tahzan,Allah ma'ana...keep praying to Him.Insyaallah nothing impossible to be achieved...


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai tuhan kami! Janganlah engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau Kami tersalah. Wahai tuhan Kami ! Janganlah engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai tuhan kami! Janganlah engkau pikulkan kepada Kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."

Thursday, October 7, 2010

if i were....



IF I WERE...

like this kid with a magic stick...am I able to get everything or change anything as desire??just close my eyes and count 1,2,3 ..and right away it exists in front of me as I wish....(like a fairy tale story..)

it couldn't be happen as life won't be easy as easy as I think....that's why I am here....in this world....

as I WERE khairatul ummah (sebaik-baik manusia)

as I WERE a champion since born ....

so...

keep praying to Allah ..don't be sad!Allah always be your side and lend you Him hand as long as you remember Him..

please don't do it again honey!


please do a backup file for any important document...unless u love to do more works and have more times for it...errrrrrr.....

Tuesday, August 10, 2010

Ujian untukku...


huhu had a very bad fever on sunday...mulanya batuk ,teruk jugak...malam sabtu tu dah mula rasa sejuk semacam dan terus demam...time kritikal macam ni memang tak peduli apa dah melainkan tido...sampai family yg datang dari ipoh pun tak larat nak layan...mujo ada hubby yg banyak tolong..terima kasih ayang!

teringat time kecik dulu saya memg selalu demam..antibodi lemah kut...mak dgn cara tradisionalnye merawat saya,demah dengan air,takpun bubuh minyak kelapa/santan kat kulit kepala atau air asam jawa.berkesan jugak...=)ayah pula suka bawak saya pergi hospital...fuh bila igtkan balik penatnya nak jumpa dr...faham2 je la hospital government neh..paling kurang 3 jam jugakla sampai turn,sampai rasa nak sehat pun ade kdg2..pastu kerap jugak ayah kene p 2 kali hospital untuk ambil ubat pula disebbkan queue yg sangat pnjang.... sgguh memenatkan!ayah juga rajin wat telur separuh masak tuk saya time ni makan dgn kicap...kemudian bancuhkan susu/milo..moga Allah merahmati mereka sentiasa ameen...

alhamdulillah demam dah kurang lepas hubby bawa jmpa dr di PPUM..kesian kat hubby penat+ngantuk .mana taknya dari pukul 11.45 mlm sampai pukul 3 pagi baru saya dapt jumpa Dr (tambah stress ja dekat patient)..semalam hubby saya pula dah berjangkit dgn saya dan mengalami demm yg sgt pns juga..alhamdulillah pagi waktu bersahur hubby dah mula sihat cuma masih batuk dan selsema..mungkin ini kaffarah dosa buat kami sebelum memasuki bulan yang mulia,Ramadhan al mubarak.

dan hari ini(Rabu),gusi saya pula bengkak,gigi bongsu baru nak tumbuh....huuu sgt sakit...harap ia keluar sekaligus dan tak makan masa yg lama...

sekian........

Monday, August 2, 2010

mmm........



yg mengharapkan kekuatan dan panduan dalam kesukaran dari Mu....

Saturday, June 19, 2010

Be the best.........



Nabi saw bersabda:

"Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik kepada keluarganya dan aku adalah orang yang paling berbuat baik untuk keluargaku!"


-Hadith Riwayat Tarmidzi-

Ya Allah,jadikan hambamu ini insan terbaik untuk ahli keluargaku ...sentiasa memudahkan mereka dan tidak membebankan mereka...dan ampunkan dosa kami dan rahmatilah kami..ameen....

50 Langkah Bestari Suami Mithali


Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Thursday, May 13, 2010

oh master!


ada 2 sem ja lagi untuk completekan goal...ada 1 sem lagi utk prepare candidature defence...ada 5 bulan lagi untuk prepare conference...ada ?? untuk prepare journal writing...ada ??? untuk sistem preparation....

fuhhhh macam2 perasaan sepanjang master ni..kdg2 rasa pressure sangat2,kdg2 rasa motivate,kdg2 rasa down,kdg2 happy,kdg2 bosan...ergghhhh ...come on MASTER,show me the right path to be a successful student + produce a useful and marketable outcome...

Monday, February 8, 2010

saja nak share untuk pasangan suami isteri ..

ambil bahan ni dari blog Fikrah Islamiah :http://baei.blogspot.com/2010/02/bahasa-isteri-yang-perlu-difahami-suami.html (boleh refer sini)

especially untuk para suami...kadang-kadang isteri-isteri tak tahu macam mana nak luahkan dan hanya pendam,itu yang boleh menyebabkan rasa tak serasi ,tak bahagia ,tak tenang dan macam-macam lagi yang boleh bawa pada pecah-belah rumahtangga nauzubillah min dzalik... jadi maybe secondary data ini dapat membantu para suami lebih memahami isteri-isterinya InsyaAllah...

selamat mempelajari bahasa isteri tersayang...=)

Sunday, January 31, 2010

new darus sakinah...

alhamdulillah finally we can stay together again in a new darus sakinah at Kg Sg Penchala,Damansara...

yang pasti i love the environment,suasana kampung tengah kota KL + kawasan selamat + mudah untuk ke mana-mana..dekat dgn UM,highway,Ikea,The Curve,Tesco,One utama n so on...heee senang nk shopping...

mudah-mudahan bertambah rezeki kami disini ameen...

jazakallah khairan to my hubby yang banyak guna tenaga + wang sepanjang proses nak pindah ke rumah baru....dan syukran to my uncle Cik Min and Cik Zamna sebab tolong carikan rumah ni....mekaseh deh !

Tuesday, January 19, 2010

new episode of my life in KL...

berharap dapat meneruskan pengajian saya dengan smooth and well-planned dan berakhir dengan kejayaan dan 1 kepuasan bernilai.

chaiyok2!...